KAPAL angkasa Luna-25 milik Rusia terhempas di bulan selepas mengalami masalah luar kawalan.

Kapal angkasa tanpa pemandu itu sepatutnya melakukan pendaratan di bahagian kutub selatan bulan, tetapi gagal selepas menghadapi masalah ketika ia bergerak ke orbit pra-pendaratannya.

Ia adalah misi ke bulan pertama Rusia dalam tempoh hampir 50 tahun.

Kapal angkasa itu dijadualkan mendarat pada hari Isnin untuk meneroka bahagian bulan yang difikirkan saintis boleh menyimpan air beku dan unsur berharga.

Roskosmos, agensi angkasa lepas Rusia memaklumkan pada pagi Ahad bahawa mereka telah terputus hubungan dengan Luna-25 pada jam 2.57 petang (11:57 GMT) pada hari Sabtu.

"Ia bergerak ke orbit dan musnah akibat perlanggaran dengan permukaan bulan," kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Tiada kapal angkasa yang pernah mendarat di bahagian kutub selatan sebelum ini, namun kapal angkasa milik India, Chandrayaan-3nya dijadualkan mendarat di sana minggu depan.